Sabtu, 3 Disember 2011

Dinar Emas Kelantan

dinar emas & perak kelantan

KOTA BHARU - Nilai dinar dan dirham yang diurusniagakan sepanjang Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 di pekarangan Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim mencecah sebanyak RM800,000.00

dinarSejak dimulakan 14 Julai lalu, lebih 50,000 pengunjung datang menjayakan festival tersebut di samping memperkenalkan Bazar Tok Guru yang satu masa dahulu diperlekehkan oleh sesetengah pihak.

“Ini adalah jumlah yang cukup besar dan ia merupakan satu kejayaan kepada kerajaan negeri untuk mengingatkan semula serta mengembalikan amalan tersebut bagi kegunaan rakyat setempat dan juga penduduk Malaysia secara amnya,” kata Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan berkata, kerajaan negeri tidak menghadapi masalah dalam memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat sejak mengambil alih pemerintahan negeri 21 tahun yang lalu.

dinar“Sepanjang tempoh 21 tahun kerajaan negeri dengan dasarnya Membangun Bersama Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat menyediakan ‘alternatif’ kepada permasalahan yang timbul khususnya berkaitan hukum-hakam agar ia sesuai dengan kehendak agama.”

Kerajaan Negeri Kelantan, di sepanjang festival makanan antarabangsa ini mengambil kesempatan memperkenalkan dinar dan dirham yang merupakan mata wang yang telah lama digunakan umat Islam dan hampir pupus.

“Alhamdulillah, kerajaan negeri berjaya memperkenalkan mata wang syariah tersebut sekali gus mengajak rakyat untuk melabur," katanya.

Turut menjayakan festival makanan antarabangsa itu adalah peserta-peserta dari luar negara khususnya dari negara China, Thailand, Kemboja, Palestin dan Iran. Kejayaan itu turut dikongsi peserta-peserta dari dalam negara khususnya dari Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan