Sabtu, 3 Disember 2011

Dinar Emas Kelantan

dinar emas & perak kelantan

KOTA BHARU - Nilai dinar dan dirham yang diurusniagakan sepanjang Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 di pekarangan Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim mencecah sebanyak RM800,000.00

dinarSejak dimulakan 14 Julai lalu, lebih 50,000 pengunjung datang menjayakan festival tersebut di samping memperkenalkan Bazar Tok Guru yang satu masa dahulu diperlekehkan oleh sesetengah pihak.

“Ini adalah jumlah yang cukup besar dan ia merupakan satu kejayaan kepada kerajaan negeri untuk mengingatkan semula serta mengembalikan amalan tersebut bagi kegunaan rakyat setempat dan juga penduduk Malaysia secara amnya,” kata Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan berkata, kerajaan negeri tidak menghadapi masalah dalam memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat sejak mengambil alih pemerintahan negeri 21 tahun yang lalu.

dinar“Sepanjang tempoh 21 tahun kerajaan negeri dengan dasarnya Membangun Bersama Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat menyediakan ‘alternatif’ kepada permasalahan yang timbul khususnya berkaitan hukum-hakam agar ia sesuai dengan kehendak agama.”

Kerajaan Negeri Kelantan, di sepanjang festival makanan antarabangsa ini mengambil kesempatan memperkenalkan dinar dan dirham yang merupakan mata wang yang telah lama digunakan umat Islam dan hampir pupus.

“Alhamdulillah, kerajaan negeri berjaya memperkenalkan mata wang syariah tersebut sekali gus mengajak rakyat untuk melabur," katanya.

Turut menjayakan festival makanan antarabangsa itu adalah peserta-peserta dari luar negara khususnya dari negara China, Thailand, Kemboja, Palestin dan Iran. Kejayaan itu turut dikongsi peserta-peserta dari dalam negara khususnya dari Pulau Pinang.

Jumaat, 2 Disember 2011

Harga Terbaru:02 December 2011

Harga Terbaru:02 December 2011

1 Dinar
RM 847

1 Dirham
RM 25

Harga Terbaru (Latest Price Update) setiap hari Dinar Emas Kelantan di www.dinarkelantan.com.my

Laman web ini adalah Pusat Sehenti (One Stop Center) untuk Dinar Emas Kelantan dan Dirham Perak Kelantan. Harga Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan akan dikemaskini setiap hari di laman web ini.

Dinar Emas Kelantan dan Dirham Perak Kelantan teramatlah sesuai untuk dijadikan Aset / Harta Peribadi dan syarikat, Matawang syariah, Pembayaran zakat, Hantaran / Mahar Perkahwinan, Hadiah & Cenderhati dan segala yang anda fikirkan bernilai, bermanfaat dan memberi faedah kerana ianya diperbuat dari logam mulia iaitu Emas Tulen dan Perak Tulen!

Kami juga menyediakan Konsultansi Pelaburan Dinar Emas yang halal dari hukum syarak bagi mereka yang berminat untuk memperkukuhkan ekonomi berasaskan emas yang kebal dari inflasi.

Milikilah logam emas atau perak dari serendah 1 Dirham (RM25)

Pastikan anda mendaftar sebagai ahli kelab Dinar Dirham Kelantan di laman web www.dinarkelantan.com.my untuk menikmati perkhidmatan yang kami tawarkan.

dinar kelantan

Urusniaga di laman web ini adalah mematuhi undang-undang kerajaan Malaysia.

Nilai Tukaran Gold Dinar - 27 Ogos 2010

Harga emas bergantung kepada harga pasaran emas antarabangsa. Harga emas Kitco ditutup pada UDS1238.10 - 27 Ogos 2010. Harga emas juga bergantung kepada nilai tukaran wang asing USD/MYR.

Sehubungan dengan itu, nilai Dinar Emas tempatan juga berubah-ubah. Mari kita lihat nilai Dinar Emas hari ini:


DINAR KELANTAN
Saiz || Harga || per/gram
1/2 DK || RM 296 || RM139.29
1 DK || RM 592 || RM139.29
2 DK || RM 1 184 || RM139.29
5 DK || RM 2 960 || RM139.29
8 DK || RM 4 736 || RM139.29

DINAR MUSLIM
Saiz || Harga || per/gram
1DM || RM568.21 || RM133.69
2DM || RM1126.55 || RM132.53
8DM || RM4466.66 || RM131.37

PUBLIC DINAR
Saiz || Harga || per/gram
1PD || RM586.00 || RM137.88
5PD || RM2919.00 || RM137.36
10PD || RM5812.00 || RM136.75

Emas 916% dari kedai-kedai emas - FGJAM
Emas perhiasan/barang kemas untuk kaum hawa. Ini cuma harga emas, tidak termasuk upah tukang (workmanship)
916 Gold || Harga
1 gram || RM141.00

Tukarkan simpanan anda dari Ringgit kepada Gold Dinar.

Siapa Menentukan Harga Emas?

Zuhaimy Hj Ismail
DdRG, UTM Skudai

Hampir setiap hari dalam penghidupan ini, kita berhadapan dengan konsep ‘harga’. Harga sekilo ikan kembung, harga kereta Proton Wira dan harga minyak masak di pasaraya. Pernahkah kita bertanya apa itu sebenarnya harga? Sejarah awal manusia menunjukkan mereka saling memerlukan pertukaran barangan dan perkhidmatan. Mereka melakukan pertukaran dan perdagangan dengan meletakkan sesuatu nilai kepada ‘logam kuning’ yang dikenali sebagai emas yang boleh ditukar dengan pakaian dan makanan. Mereka menggunakan suatu komoditi asas sebagai benda bernilai dan membuat pertukaran barangan dan perkhidmatan dengannya dan dari sinilah bermulanya konsep harga.

Perdagangan yang berlaku di pasar di bandaraya seperti Istanbul, Rabat dan Baghdad, harga sesuatu komoditi diletakkan oleh penjual dan aktiviti tawar menawar berlaku atau dibahaskan, kemudiannya setelah mencapai persetujuan tentang harga barulah pembayaran dibuat dan pertukaran barang berlaku.

Bagi kebanyakan perkhidmatan, harga boleh dinyatakan mengikut kadar usaha dalam masa. Harga suatu komoditi, harganya ditentukan oleh pembolehubah asas bekalan dan permintaan dalam pasaran. Bagi kebanyakan pengguna, harga adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh penjual dan kita sebagai konsumer hanya berupaya untuk menerimanya atau tidak.

Dinar emas adalah koin seberat 4.25gram emas 22 karat. Siapa yang menetapkan harga dinar emas ini? Oleh kerana dinar emas diperbuat daripada emas tulen, harganya sudah tentu bergantung kepada harga emas mengikut harga pasaran emas dunia. Siapa pula yang menentukan harga pasaran emas dunia ini? Adakah pengeluar emas yang menentukan harga?

Pengeluar kelapa sawit tidak terus mengeluarkan minyak masak. Bahan mentah yang dikeluarkan diproses terlebih dahulu sebelum digunakan atau diekspot. Pengeluar emas tidak sama seperti pengeluar barangan komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit. Kita dapati hasil keluaran lombong emas adalah suatu produk langsung iaitu emas. Oleh kerana hasil keluaran lombong adalah emas dan sifat emas yang sekata ini menyebabkan harga emas di London adalah sama dengan harga emas di mana ianya dikeluarkan. Oleh itu tidak terdapat perbezaan atau persaingan dari segi harga logam yang dihasilkan.

Sebab itulah AngloGold sebuah syarikat perlombongan terbesar di dunia tidak bersaing dengan Newmont pengeluar emas kedua terbesar atau Newcrest atau Ashanti atau dengan mana-mana pengeluar emas yang lain. Walau di mana emas itu dilombong, harga emas dunia tetap sama dengan harga yang telah ditetapkan dalam dolar AS. Siapa yang menetapkan harga emas? Yang membezakan harga satu auns emas adalah kos pengeluarannya. Pengeluar emas dunia mesti menerima harga emas antarabangsa yang ditetapkan oleh agen dengan telefon berangkai di sebuah pejabat di bangunan tua di London dengan bantuan imbasan pada skrin komputer yang menunjukkan perdagangan elektronik yang berlaku di New York. Pelombong emas tidak ada kuasa langsung untuk menentukan harga emas yang mereka keluarkan. Pengeluar emas hanyalah sebagai penerima harga yang telah ditetapkan oleh lima orang yang dilakukan dua kali dalam sehari. Seperti perniagaan lain, yang utama dalam mana-mana perniagaan adalah keuntungan, sesuatu yang menjadi punca utama kunci untuk terus wujud dalam perniagaan iaitu fungsi harga produk yang dikeluarkan. Keuntungan adalah pendapatan tolak kos, pendapatan yang ditentukan oleh hasil darab kuantiti yang dijual dengan unit harga bagi setiap item.

Oleh kerana harga emas itu sama walau dimana ianya dikeluarkan maka untuk pengeluar emas boleh meningkatkan keuntungan hanyalah dengan meningkatkan kuantiti dan menempakan emas itu kepada matawang yang lebih bernilai tinggi. Jadi keuntungan boleh ditokok dengan meningkatkan kuantiti emas yang dikeluarkan. Tetapi secara asasnya jika harga emas telah ditetapkan, cabaran kepada pelombong hanyalah dengan mengurangkan kos pengeluaran. Hanya kos pengeluaran sahaja yang boleh dikawal oleh pengeluar emas.

Kos boleh diminimumkan dengan meningkatkan kecekapan pengeluaran emas, walau bagaimanapun oleh kerana keadaan perlombongan yang ada sekarang, pelombong hanya mempunyai sedikit sahaja pilihan untuk mengubah cara melombong dan meminimumkan kos. Cara lain adalah dengan mendapatkan jongkong yang lebih berkualiti dibandingkan dengan kuantiti jongkong yang dikeluarkan.

Berdasarkan kos pengeluaran yang diberikan oleh Gold World bahawa kos pengeluaran bagi bulan March yang dicatatkan oleh lapan pengeluar emas di dunia yang mewakili satu pertiga pengeluaran emas, purata pengeluaran mereka adalah US$232 per auns. Jika dimasukkan kos perkhidmatan, faedah wang kertas, kos terokaan dan percukaian semuanya berharga dalam lingkungan US$42 per ouns, jadi kos efektif pengeluaran emas adalah US$274 per ouns.

Harga emas makin meningkat dibandingkan dengan dolar Amerika. Faktor pengerak harga emas mengarahkan kepada harga emas terus meningkat. Perhatikan apa yang berlaku sekarang terhadap usaha AS. Peperangan menentang keganasan oleh AS dengan koncu-koncunya membawa kepada peningkatan harga emas. Tingginya harga emas akan meningkatkan defisit perbelanjaan yang melemahkan lagi dolar Amerika. Kelemahan dolar Amerika akan meninggikan lagi harga emas. Rendahnya kadar faedah yang berlaku sekarang ini tidak disenangi oleh banyak institusi kewangan. Kadar faedah yang amat rendah pada aras terendah sejak 40 tahun telah meningkatkan lagi penjanaan bekalan wang kertas lantas meningkatkan harga emas. Sebaliknya jika harga emas dikawal di aras yang rendah, pengeluaran emas pula tidak menguntungkan dan ini akan mengurangkan jumlah emas dalam pasaran. Keadaan begini akan meninggikan harga emas. Permintaan kepada emas terus meningkat dengan bilangan penduduk dunia yang bertambah. Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan aktiviti ‘hedging’ dan ini akan menyebabkan kurang bekalan emas dan kesannya adalah kenaikan harga emas. Kurangnya kepercayaan dunia dengan polisi yang diamalkan oleh AS akan menyebabkan masyarakat dunia mengalih pergantungan kepada dolar Amerika. Emas menjadi sandaran yang paling kukuh.

Satu lagi fenomena penting yang berlaku sekarang ini ialah peningkatan permintaan emas oleh negara China. China telah membuat keputusan untuk mengikat “reserve” asingnya dengan emas. Tindakan China ini menambah permintaan emas dunia dan dengan perkembangan ekonomi yang memberansangkan permintaan kepada emas akan terus meningkat. Shanghai Gold Exchange (SGE) telah mula membuka peluang untuk rakyat negara itu untuk melabur dalam emas fizikal dan ini meningkatkan lagi permintaan emas serta meningkatkan kecairan perdagangan berasaskan emas. Tindakan oleh SGE telah secara langsung meningkatkan lagi permintaan emas dan harga emas. Polisi domestik negeri China telah meningkatkan pendapatan lebih daripada 800 juta rakyatnya dan ini akan meningkatkan kuasa membeli rakyatnya seterusnya meningkatkan permintaan emas.

Graf harga emas dalam dolar per ouns adalah pada kadar meningkat sejak tahun 1990 hinggalah ke tahun 2003. Begitu juga dengan Equities (S&P 500 index) menunjukkan kadar minimum yang meningkat mengikut tahun yang sama. Beberapa faktor yang menyokong kenaikan harga emas adalah pasaran ekuiti sekarang ini di bawah paras di mana harga emas berkadaran songsang dengan S&P 500. Perbelanjaan defisit dan kadar pulangan yang rendah atau sifar membawa kepada susutnya nilai dolar Amerika. Kita dapati juga banyak pelombong emas terus mengumumkan untuk mengurangkan program ‘hedging’ dan meningkatkan permintaan terhadap emas fizikal walaupun harga emas yang agak tinggi.

Pembaharuan dalam minat pelabur untuk melabur dalam dagangan emas turut meningkatkan lagi permintaan emas dengan pelaburan yang meningkat di China disebabkan kelongaran peraturan pemilikan dan perdagangan emas. Kekurangan penemuan lombong emas yang baru di dunia dengan permintaan emas yang tetap tinggi akan terus meningkatkan lagi harga emas. Semua peristiwa yang dinyatakan di atas memberi petanda bahawa harga emas dibandingkan dengan dolar Amerika akan terus meningkat. Untuk mengurangkan impak ini, kita dengar baru-baru ini bank Eropah telah menjual jongkong emasnya dan tindakan ini menurunkan sedikit harga emas tetapi kembali tinggi setelah beberap minggu. Apa yang kita boleh pelajari adalah sistem perbankan barat akan mencari jalan supaya kepercayaan kepada emas tidak diterima masyarakat. Mereka merasakan simpanan emas tidak membawa banyak keuntungan kerana mereka selama ini menjalankan aktiviti menyorok (hoarding) emas dari diguna pakai oleh masyarakat umum.

Matawang dinar emas tidak bergantung kepada mana-mana koporat atau kerajaan “janji untuk membayar’. Ianya digunakan sebagai sandaran kegagalan bank, kawalan pertukaran asing dan penilaian semula matawang kertas (currency devaluation). Ianya sangat relevan kepada pasaran yang baru. Negara yang baru mengembangkan ekonominya seperti Burma, Kemboja dan Laos mendapati dinar emas amat sesuai untuk melindungi pendapatan negaranya, Timor-Timor negara baru yang masih menggunakan dolar Amerika sedang mencari alternatif kepada wang kertas tak bernilai ini. Dinar emas mampu menjadi matawang negara itu dan perdagangan boleh dilakukan dengan menggunakan dinar emas. Umat Islam harus yakin untuk berubah kepada penggunaan dinar emas sebagai simpanan kekayaan sebenar atau komoditi lain. Kekayaan sebenar ini mesti diusahakan supaya berada di tangan umat Islam, bukan bergantung kepada wang kertas dolar Amerika yang terus menerus susut nilainya disebabkan oleh faktor riba, inflasi, manipulasi dan spekulasi peniaga matawang dunia.

Fakta dan Data Penerangan Dinar dan Dirham Kelantan

Dinar Kelantan - www.dinarkelantan.com.my

perasmian dinar kelantan 2010

Foto atas : MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN MATAWANG SYARIAH (DINAR & DIRHAM) PADA 12 OGOS 2010 OLEH YAB TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT DI KOTA BHARU, KELANTAN.

Apakah itu Dinar Kelantan?

dinar kelantan

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.

Apakah itu Dirham Kelantan?

dinar dirham kelantan

Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing. Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan? Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Koin Dinar dan Dirham Kelantan hanya boleh dibeli dari wakalah (wakil jualan) dan agen-agen jualan di seluruh dunia yang menjadi wakalah kepada Kelantan Golden Trade.

Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?

dinar islamic mint

Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo “Kami Terima Dinar dan Dirham”. Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah? Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?

Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada: Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.

Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”; Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?


Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat sini

Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?


Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w. Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga” (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w. Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).

Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?

Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.

Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?

Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: “Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu.” (An-Nisa (3):59) Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara.

Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad.Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Kerajaan Negeri Kelantan Memartabatkan Fungsi Dinar Dirham sebagai matawang syariah dalam pembayaran zakat fitrah

kelantan golden trade


Kerajaan Negeri Kelantan mencipta sejarah apabila mengembalikan semula fungsi matawang syariah Dinar dan Dirham yang sudah dilupakan hampir 500 tahun lalu melalui Majlis Hari Zakat Dinar Dirham anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bersama Kelantan Golden Trade, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan MAIK pada 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432H

zakat dinar

Foto atas : penerima zakat di majlis penyampaian zakat dengan menggunakan dirham sebagai "Ayn" semasa Majlis Hari Zakat Dinar Dirham 1432H

Dinar dan Dirham dipopularkan sebagai Mas Kahwin Utama di Negeri Kelantan

dinar mas kahwin

Foto atas : Majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan islam anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan Dinar sebagai Mas Kahwin.

Dinar dan Dirham sebagai Mas Kahwin di Negeri Kelantan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan islam pada 25 Disember 2010 bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan.

tuan guru nik abdul aziz

Foto atas : Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menikahkan salah seorang pasangan di majlis Perkahwinan Perdana

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu melalui Skim Gerbang Az Ziwaaj bagi menjayakan program majlis Perkahwinan Perdana di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Matawang Syariah Dinar Dirham digunakan dalam ibadat Qurban di Kelantan

dinar korban

Untuk pertama kalinya dalam sejarah semenjak 500 tahun dahulu, Matawang syariah dinar dan dirham kelantan digunakan dalam urusan jual beli dalam ibdat Qurban pada hari raya Aidiladha 1432H/ 2011 di negeri Kelantan dengan anjuran oleh Kelantan Golden Trade.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?

Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?

Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g, 1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?

Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?

Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan.

Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja. Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual. Dinar Kelantan ialah koin emas,

bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?

Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk Bank Negara Malaysia Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan? Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah.

Majlis Pelancaran Dinar Dan Dirham


18:19 "Dan demikianlah Kami bangunkan semula mereka, supaya mereka saling bertanya di antara satu sama lain. Berkatalah salah seorang di antara mereka:"Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)".Mereka menjawab: ""Kita berada (di sini) hanya sehari atau setengah hari"".Berkata (yang lain lagi): ""Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Lalu bangunkan salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota ,dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat, manakah makanan yang paling baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut, dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun."

Al Kahfi: ayat 19




Alhamdulillah, atas semua nikmat dan kurniaNya. Termasuk bulan Ramadhan yang agung, yang kita kini, diberikan kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengannya.

Bulan pembebasan. Melalui peningkatan 'ubudiyyah yang diatur oleh Allah menerusi Ramadhan, Allah menjanjikan pembebasan hambaNya dari api neraka, dengan terlebih dahulu membebaskan diri dari perhambaan kepada kehendak dan kuasa yang lain, termasuk hawa nafsu kita sendiri.



Hadhirin yang dihormati,

Dari kisah penghuni gua yang masyhur, yang diulangi bacaannya oleh sebahagian besar orang Islam setiap minggu dengan membaca surah yang mulia - surah Kahfi - kita boleh mengambil berbagai kesimpulan. Antaranya;

a. Kekukuhan nilai - Matawang perak adalah antara mata wang yang mampu mengharungi zaman dan nilainya kekal teguh di tengah ombak inflasi. Bukan sahaja ia tidak reput selepas pemuda ini dibangunkan ratusan tahun kemudiannya, bahkan nilainya tidak luntur selepas ribuan tahun berlalu.
Hari ini, pada awal abad ke 21 di mana kita sedang berdiri, sekeping wang perak yang begitu ringan, bernilai RM 13 hingga 15 ringgit - yang bermakna kita masih mampu dengannya membeli burger - roti - sardin - prepaid akaun - ayam atau apa sahaja yang kita ingini senilai dengannya.
b. Indeks ekonomi - Jika nilainya menjangkau zaman dan tempat, sudah tentu ia adalah antara indeks ekonomi yang mampan.
Mengapa tidak, kita bergerak menjadikan dinar dan dirham sebagai salah satu pengukur ekonomi yang utama, universal dan lebih tepat dan mudah?

c. Matawang tranksaksi - Melalui kisah wang perak penghuni gua ini, kita boleh melihat dengan jelas dua aspek wang perak -

Pertama - Medium simpanan dan pelaburan.

Nilainya bertambah mengikut masa. Bayangkan jika pemuda ini membawa wang kertas bernama Ringgit Malaysia atau dollar Amerika atau Yen Jepun - dan tertidur selama 309 tahun!

Untuk memudahkan perbandingan, jika kita mempunyai RM 100,000, dengan kadar purata inflasi 4% setahun, 10 tahun kemudian, kuasa beli RM 100,000 itu sudah berkurangan menjadi RM 67,600! Jika 15 tahun? Kuasa belinya tinggal RM 55,500! Jika 20 tahun, ia hanya tinggal RM 45,600!

Jika kadar inflasi urata adalah 8%? Selepas 20 tahun, wang RM 100,000 itu tadi hanya berkuasa beli RM 21,500!

Mengikut IMF, kadar purata inflasi di Malaysia untuk 10 tahun lalu ialah 5% dan untuk negara maju, 10%!

Dalam tempoh dua puluh tahun, kuasa beli kebayakan matawang dunia telah merosot lebih dari separuh. Jika tiga ribu tahun?

Bukan sahaja ia reput, kuasa belinya juga menyembah bumi.

Kedua - medium jual beli.

Fungsi wang perak hanya mencapai kemuncak 'kelazatan' apabila ia digunakan dalam tranksaksi harian.

Dalam kisah ini, pemuda ini di minta ke pasar dan membeli makanan yang terbaik.

Wang perak tidak kehilangan nilai kerana ia digunakan. Malah, melalui penggunaan itulah tuan punyanya mendapat nilai tambahan.


d. Kebangkitan selepas lama tertidur.

Ummat manusia termasuk ummat Islam, telah tertidur lama menerusi agenda ekonomi kumpulan tertentu yang telah menghilangkan kemerdekaan mereka menerusi penggunaan wang plastik, bukan wang sebenar. Hasilnya, majoriti ummat manusia telah dijajah oleh ekonomi riba.

Keburukan sistem riba tidak perlu dibicarakan lagi di sini. Yang lebih penting ialah sarana atau cara untuk bangkit semula. Pemuda Kahfi menunjukkan jalan kepada kita dengan wang peraknya;

bangunkan salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota, dengan membawa wang perakmu ini,

Di Bawa ke kota dan berurusanlah dengannya! Bukan sahaja untuk disimpan tetapi untuk digunakan dalam urusan seharian.

Hadhirin yang dihormati,

Majlis pada hari ini, ialah untuk membangunkan anggota-anggota masyarakat untuk pergi ke pasar-pasar dan medan perniagaan, dengan mengguna pakai wang emas yang dipanggil dinar dan adik kembarnya wang perak yang dipanggil dirham.

Pada waktu dinar Kelantan yang pertama dilancarkan lima tahun lalu, Kerajaan Negeri belum mengeluarkan dirham. Hari ini, YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia MB akan melancarkan dirham yang pertama Negeri Kelantan.

Untuk lintasan hadhirin, pada waktu dinar dilancarkan lima tahun dulu, dengan harga emas semasa sewaktu itu, nilainya adalah RM 322 bagi satu dinar. Pada 5 Ogos 2010, nilainya adalah RM 608!

Sesiapa yang belum nampak faedah dan kebaikan melabur atau menyimpan dinar dan dirham sudah tentulah amat ganjil. Mungkin kerana telah terbiasa makan daging, nasi dan sayur plastik, maka daging, beras dan sayur sebenar tidak dirasakan enak lagi.

Hari ini, dirham diterbitkan, untuk melengkapkan apa yang dipanggil oleh para ulama' - termasuk ulama; kontemporari seperti Syeikh Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fiqhud Zakaah dan Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah - sebagai matawang syariah.

Hadhirin yang dihormati,

Dengan adanya dirham dengan nilai pecahan yang lebih kecil kepada dinar, ia kini boleh memasuki pasar sebagai alat pertukaran.

Hari ini, YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia MB juga akan menyampaikan sijil dan sticker kepada rangkaian peniaga di Kelantan dan lain-lain tempat yang telah bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Saya mengucapkan tahniah atas sikap mereka berani meneroka perubahan. Dalam lintasan sejarah, memang dinar dan dirham adalah wang orang ramai. People's currency. Ia pilihan orang ramai. Mereka lebih berhak menentukan pilihan mereka.

Walaupun ulama'-ulama' kita menetapkan kewajipan menerbitkan dinar dan dirham adalah kewajipan kerajaan, namun kejayaan penggunaan dinar dan dirham terletak di tangan orang ramai.

Bagi melambangkan permulaan era baru penggunaan d dan d atau dinar dan dirham ini, satu papan kadar pertukaran d dan d kepada ringgit Malaysia akan dipasang di tengah pasar Besar Siti Khadijah. Pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi Dinar Kelantan untuk mengetahui kadar pertukaran harian.

Insya Allah, akhbar Sinar Harian juga akan menyiarkan kadar pertukaran ini setiap hari dalam akhbar mereka untuk memudahkan pengguna berurusan.

Senarai peniaga yang bersedia bermuamalat dengan medium syariah mereka sendiri diharap akan terus berkembang, termasuk agensi-agensi Kerajaan seperti bayaran untuk hasil tanah, bil air, deposit pembalakan dan lain-lain deposit.

Hadhirin yang dihormati,

Sistem kewangan Islam tidak lengkap tanpa adanya dua institusi penyokong kepada medium syari'ah ini iaitu wakalah dan wadii'ah. Insya Allah kita akan melantik wakalah atau agent bagi jual beli d dan d ini diseluruh negara.

Dengan adanya rangkaian wakalah - pasar - wadii'ah ini, d dan d boleh dikembangkan lagi untuk penggunaan yang lebih besar di peringkat antara bangsa melalui pengeluaran kad elektronik berasaskan simpanan fizikal sebenar d dan d. Jika ini berlaku, kita berharap jema'ah haji kita akan menjadi pengguna d dan antrabangsa yang pertama.

Mereka bleh memasukkan simpanan d dan d di Malaysia, membawa kad elektronik d dan d mereka ke Mekah dan mengeluarkan sebahagian simpanan mengikut pilihan mereka di Mekah.

Ia kemudian, Insya Allah, boleh mengambil tempat medium tukaran universal yang digunakan secara global.

Hadhirin sekalin,

Peranan d dan d sebagai medium syari'ah tidak akan lengkap tanpa membabitkan pembayaran zakat dan zakat fitrah bagi ummat Islam.

Alhamdulillah, pada hari ini, Majlis Agama Islam Kelantan telah menempa sejarah kerana sudi menjadi pihak yang pertama pada abad ke 21, menerima pembayaran zakat dengan d dan d.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih. Izinkan juga saya mengucapkan tahniah dan terima kasih yang sama kepada Tuan Haji Hisham Tan Sri Ubaidullah yang telah sudi menjadi pembayar zakat pertama kita menggunakan dinar pada hari ini.

Semoga kedua-dua MAIK dan rakan-rakan yang secara sukarela bersama menjayakan pembayaran zakat dengan 'ain yang sebenar atau barang yang nyata atau tangible dan bukan dengan promisory note yang berilusi, dikira sebagai orang yang memulakan sunnah yang baik dan mereka mendapat pahala memulakan sunnah yang baik dan pahala orang yang mengikuti langkahan mereka sampai kiamatnya dunia ini.

Hadhirin yang dihormati,

Sudah tentu kita terhutang budi kepada banyak sekali pihak. Saya menyebut nama-nama sebahagian dari mereka dan mungkin tertinggal ramai lagi yang telah berjaya.

Kepada semua mereka, Allah jua membalas baik amalan mereka.

Akhirnya, kita harapkan langkah kita ini dikira sebagai setulusnya untuk Pencipta kita, untuk agamaNya Islam dan mencapa maksud membawa kebaikan kepada ummat manusia seluruhnya.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

Pengenalan

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Apa itu Dinar Emas?

Dinar Emas atau Gold Dinar ialah syiling emas 22 karat atau emas 916% ketulinannya. 1 Dinar bersamaan 4.25gram. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad. Public Gold International Sdn Bhd pula sebagai pengeluar Dinar Emas Public.

- Ia merupakan matawang sunah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Difinasi Dinar Emas dari Vikipedia:

Islamic gold dinar:

The modern Islamic gold dinar (sometimes referred as Islamic dinar or Gold dinar) is a bullion gold coin made from 4.25 grams of 22-carat (k) gold that is a recent revival of the historical gold dinar which was a leading coin of early Islam. It is separate from the currencies of various states that use the dinar as a denomination.

Gold Content And Value Calculator

Denomination Weight Lon Fix
1 Dinar 0.125254 Oz $110.13
2 Dinars 0.250508 Oz $220.26
8 Dinars 1.002032 Oz $881.04

Fabrication costs are not included
London Fix on Apr 07, 2009 @ 879.25

Dinar history

According to Islamic law, the Islamic dinar is a coin of 22k (91.7%) gold weighing 4.25 grams. The Islamic dirham coin is 2.975 grams of pure silver. Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent (in weight) to 10 dirhams."

“The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc., therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment of zakat, etc. upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i other coins.

Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals weight of the dinar of gold... The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains. All these measurements are firmly established by consensus.”
—Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah

Modern history

As a consequence of the currency crisis in Asia, in the first part of 1997, then Prime Minister of Malaysia Mahathir bin Mohamad proposed introduction of Islamic gold dinar as currency for international trade in the Muslim world. It was intended to replace the United States dollar and, as a gold-based currency, provide a medium of exchange more stable than the dollar. Mahathir announced that Malaysia was to start using the dinar in mid-2003, but when in 2003 Abdullah Ahmad Badawi replaced him as Prime Minister of Malaysia, this idea was halted.

Gold dinar in Malaysia

On the 20 September 2006, Kelantan became the first state to launch gold dinar coins. It features the Kelantanese state crest, the date of production, as well as the weight and purity of the gold used on its face. The Dinar Emas Kelantan (DEK) is similar to the original dinar in weight and purity of gold used. The coins can be bought and sold at the Kelantan Corporation Berhad (Perbadanan Kelantan Berhad) and all eight Ar-Rahn Islamic pawnshops in the state.

Common uses of the gold dinar include:
Saving them, because they are wealth in themselves.
Paying zakat and dowry as established within Islamic Law.
Buying merchandise from outlets.
Holding accounts, and making and receiving payments as with any other medium of exchange. [1]